Fetih 1453
Muhammad Al-Fateh- Sebaik-baik pemimpin
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,”
begitulah kata-kata Syeikh Syamsuddin Al Wali sambil menunjuk Muhammad Al-Fateh yang masih lagi dalam buaian.
Muhammad Al-Fateh (Sultan Muhammad II) telah menaiki takhta daripada ayahnya ,Sultan Murad sejak berumur 19 tahun lagi.
Sewaktu beliau mula-mula menaiki takhta, ramai pembesar dan rakyat mula ragu-ragu tentang kredibiliti serta kemahiran beliau memimpin memandangkan dia baru berusia belasan tahun.
Keadaan ini telah dianggap peluang keemasaan untuk pihak musuh menyerang tetapi ternyata Muhammad Al-Fateh bukan sahaja bijak dalam pentadbiran malah dalam strategi peperangan.
Muhammad Al-Fateh sejak dari kecil lagi diasuh untuk mengekang nafsu dan untuk hidup susah oleh gurunya Syeikh Syamsuddin Al Wali untuk membentuk kekuatan dan ketabahan dalam diri Muhammad Al-Fateh,
Pernah suatu ketika gurunya sengaja merotan Muhammad Al-Fateh dengan teruk tanpa sebab dan tanpa sebarang kesalahan. Selepas puas dirotan, gurunya menerangkan begitulah perasaan orang dizalimi dan orang yang tidak mendapat keadilan sepatutnya.
Sejak dari itu, Muhammad Al-fateh belajar perasaan belas kasihan dan sentiasa adil dan saksama antara manusia.
Sultan Muhammad Al-Fateh juga mengajar rakyat-rakyatnya agar taat pada perintah allah dan beliau sering mendidik rohani para tentera serta rakyat-rakyatnya.
Pernah suatu hari , dalam perjalanan untuk menuju ke constantinople.. tentera uthmaniyah (tentera islam) dibawah sultan Muhammad al-Fateh telah melalui sebuah ladang anggur yang besar. Anggur-anggur dalam ladang itu sedang masak ranum.
Sebelum melalui ladang itu , Sultan Muhammad Al-Fateh mengingatkan tentera-tenteranya agar jangan diambil anggur itu .
Perjalanan diteruskan hinggalah tiba disuatu tempat rehat dan khemah didirikan.
Tiba-tiba, pembantu Muhammad Al-Fateh keluar dari khemah itu dan meminta semua tentera berkumpul.Dia memberitahu pada semua tentera bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh gering dan tenat. ubatnya menurut tabib adalah sebiji anggur.jika tiada anggur untuk berubat , mungkin sultan akan mangkat.
pembantu tadi meminta pada semua tentera jika mereka ada anggur untuk mengubati sakit tuan mereka.
Tentera mereka cemas dan gelisah. Tiada seorangpun diantara ribuan tentera mempunyai walaupun sebiji anggur.
ketika itu, tahulah Muhammad Al-Fateh bahawa bukan sahaja tentera-tenteranya hebat dari segi fizikal dan dalam peperangan , malah rohani mereka juga hebat.
ternyata seorangpun tentera tidak mengingkari perintahnya.
kemudian, keluarlah Sultan Muhammad Al-Fateh dari khemahnya dan memuji tenteranya serta memberitahu berita itu sekadar ujian.
begitulah hebatnya Sultan Muhammad al-Fateh serta tentera-tenteranya,
benarlah sabda Rasulullah SAW.
“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
hadis ini telah diungkapkan Rasulullah SAW lebih kurang 800 tahun sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh.
Constantinople adalah sebuah ibu kota empayar byzantine. ketika itu Constantinople adalah antara kota terkuat , terbesar dan terkaya di dunia.
Ramai yang beranggapan terlalu mustahil untuk menakluki kota tersebut memandangkan kekuatan kubu serta sistem pertahanan dan juga faktor geografi lain.
sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh, kota ini telah banyak kali cuba ditawan oleh kuasa lain tetapi gagal dan mampu bertahan lebih 1000 tahun.
Sistem pertahanan kota ini memang menakjubkan dan amat sukar ditembusi musuh musuh.
Peta Constantinople (turki) , klik untuk dibesarkan
Menyedari hakikat ini. Sultan Muhammad Al-Fateh telah merancang dengan teliti strategi dan taktik untuk menakluk kota ini.
Strategi dan taktik perang Sultan Muhammad Al-Fateh telah diakui barat sehingga hari ini antara taktik perang yang hebat dan bijak serta unik.
Untuk mengawal dan mempertahankan wilayahnya dari mana-mana ancaman musuh. Sultan Muhammad Al-Fateh terlebih dulu membina sebuah tembok untuk tujuan keselamatan.
tembok inilah digelar sebagai Rumeli Hisari.
Dalam proses pembinaan tembok ini, Pemerintah Constantinople bertindak jahat mengarahkan ratusan askarnya merobohkan tembok ini diwaktu malam.
Namun Sultan Muhammad tidak putus asa. Pembinaan tembok itu tetap diteruskan.
Sultan Muhammad Al-Fatih juga turut sama membantu mengangkat batu dan membuat kerja buruh lain dalam pembinaan tembok ini. Ini sekali gus memaksa semua pembesar-pembesar dan ulama- ulama untuk turut serta membantu pembinaan.
Suatu hari, Sultan Muhammad mendengar tentang seorang pembuat meriam yang mahir dan handal bernama urban. tetapi malangnya Urban ketika itu dikurungkan dalam penjara oleh pemerintah constantinople oleh sebab keenganan beliau untuk bekerja sama dengan pemerintah constantinople yang amat zalim pada rakyatnya.
Sultan Muhammad Al-Fateh telah menghantar perisik untuk mengukur tembok, keluasan sungai dan struktur kota itu . Berbekalkan ukuran tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan agar terowong bawah tanah digali menuju ke bilik penjara Urban.
Urban berjaya dikeluarkan.
Urban telah bersetuju bekerjasama dengan kerajaan uthmaniyah dan telah mencipta meriam yang paling canggih dan paling kuat ketika itu.
Dikatakan bahawa berat bola meriam itu sahaja sudah melebihi 300 KG dan bunyi letupan meriam itu boleh didengari sejauh 5 kilometer.
Berbekalkan semangat jihad, Tentera Islam bergerak ingin menakluki kota constantinople. Tentera islam ketika itu terbahagi pada tentera darat dan tentera laut.
Sesampainya tentera islam (uthmaniyah) dihadapan kota constantinople, meriam yang besar pun dihalakan pada tembok kota constantinople yang utuh.
tembok constantinople merupakan tembok yang stabil dan sukar ditembusi oleh mana-mana peluru meriam kerana ketebalan dan terdapat dua lapisan tembok.
Sesudah itu, utusan dihantar menghadap pemerintah constantinople untuk menawarkan agar constantinople diserahkan secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah.
namun pemerintah constantinople enggan dan memilih peperangan
Pada subuh esok hari, Meriam tentera Muslim dilancarkan.
ternyata meriam ini dapat merosakkan tembok ini dengan meninggalkan kesan sedalam enam kaki.
meriam dilancar bertalu-talu...
dengan harapan agar tembok constantinople runtuh dan dapat ditembusi
Kepungan Tentera islam belum lengkap lagi tanpa kehadiran sokongan tentera laut . kapal-kapal tentera islam tidak dapat masuk kedalam perairan tanjung emas (golden horn) kerana terdapatnya rantai besi yang panjang menghalang laluan kapal asing. Rantai ini cuba dimusnahkan oleh tentera islam dengan meriam dan gergaji tetapi masih gagal.
Kedudukan rantai besi yang mengawal perairan tanjung emas (garisan merah)
dalam masa yang sama, meriam-meriam tentera muslim masih dilancarkan pada tembok-tembok kota. meriam ini mengambil masa 3-4 jam untuk sejuk dan boleh digunakan semula..
satu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat idea yang teramat luar biasa untuk memindahkan kapal-kapal laut kedalam perairan tanjung emas (golden horn) untuk membantu serangan tentera darat.
Malam itu, kayu-kayu ditebang dan dijadikan landasan, dalam keadaan hujan yang renyai, tentera islam memindahkan kapal-kapal merentasi bukit untuk memasuki perairan tanjung emas.
Maha suci Allah ,
dalam satu malam 70 kapal perang berjaya dipindahkan kedalam tanjung emas.
keesokan paginya , penduduk constantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nashid tentera islam. mereka tidak dapat menyangka dan tidak percaya kapal-kapal tentera islam dapat masuk ke tanjung emas tanpa merosakkan rantai besi yang mengawal lalu lintas di tanjung itu.
Ada diantara tentera constantinople menganggap mereka menggunakan bantuan syaitan dan jin.
dalam keriuhan pagi itu, terdengar seorang ahli falsafah byzantine (constantinople) mengucapkan
"Tidaklah kami pernah melihat atau
mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya
Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"
gambar diambil dari google earth. garisan putus2 kuning merupakan landasan untuk membawa kapal-kapal merentasi bukit suatu ketika dulu
Gambar diambil dari google earth . Garisan merah adalah rantai besi yang menghalang kemasukan kapal-kapal islam. dan garisan kuning adalah jalan darat kapal-kapal yang merentasi bukit.
Juga sama seperti penjelasan diatas. Klik untuk dibesarkan gambar
Selepas berjayanya membawa kapal-kapal memasuki tanjung emas, tentera islam mendapat seakan mendapat suntikan semangat baru.
ledakan meriam dan serangan dilancarkan siang dan malam.
Tentera-tentera bantuan dari eropah lari ketakutan apabila tembakan meriam memusnahkan salah satu kapal dagang di tanjung emas. mereka lari dari medan perang melalui kota gala
dalam keriuhan kota constantinople dengan peperangan. penduduk telah menyedari bahawa tentera islam telah mengorek terowong bawah tanah untuk masuk ke pusat kota.
kegelisahan dan ketakutan melanda semua penduduk sehinggakan mereka curiga dengan tapak kaki sendiri . mereka merasakan bahawa tentera islam boleh keluar bila-bila masa dari tanah.
Dengan keadaan berpihak pada tentera islam , sultan Muhammad sekali lagi telah mengutuskan seorang utusan untuk menawarkan pada Pemerintah Constantinople agar menyerahkan kota constantinople dengan aman.
namun Pemerintah Constantinople enggan. balasnya
"... syukur kepada Tuhan
kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi
aku bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayat demi takhta... atau mati
sahaja dan dikuburkan di kota ini!
mendengar balasan itu, Sultan Muhammad Al-Fateh berkata
"Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau
keranda...!".
pakaian peperangan tentera uthmaniyah kurun ke-17
Hari itu,29 Mei 1453M,
serangan utama
dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid
sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka
pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera
salib di kota itu.
Ketika itu, Laungan takbir seolah-olah menjadikan tentera islam seakan-akan singa dimedan perang.
Hujan panah pula sungguh hebat ..
Tentera islam berjaya menembusi kota pada bahagian pintu edirne dan mereka berjaya mengibarkan bendera Daulah uthmaniyah dipuncak kota
apabila melihat keadaan itu, Pemerintah constantinople berasa berputus asa lalu menanggalkan pakaian maharajanya agar tidak dikenali dan cuba melarikan diri.
namun, dia menemui ajalnya tak lama kemudian.
berita kematian pemerintah constantinople tersebar luas.
Tentera Constantinople makin lemah dan hilang arah selepas mengetahui kematian pemerintah mereka lantas mereka menyerah kalah.
Hari itu,setelah bertempur selama 53 hari. Tentera uthmaniyah berjaya menawan kota constantinople.
majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan
Muhammad Al-Fateh berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada
penduduk Costantinople
Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan
sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing
bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Sultan Muhammad Al-Fateh meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi , ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan
paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.
Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan agar gereja itu ditukar menjadi masjid.
Nama constantinople pula ditukar kepada Islam Bol bermaksud Bandar Islam
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan selepas kemenangan keatas constantinople, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-fatih memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lalu bertanya,
"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh...
Subhanaallah.. hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh.
begitulah kehebatan umat islam zaman dahulu..
tidak hairanlah mereka dapat menakluk dunia.
bukan kerana fizikal ,strategi dan kepandaian mereka sahaja, malah rohani dan iman mereka cukup hebat..
cuba kita minta pada komuniti kita hari ini siapa yang pernah meninggalkan solat fardhu sejak baghligh walau sekali untuk duduk...
nescaya hampir semua duduk..
berbeza dengan tentera uthmaniyah..
tiada seorangpun duduk...
astaghfirullah..
Share kepada rakan anda.... Insyaallah
3 comments:
Antara Entry terbaik yg pernah sy temui. terima ksh sbb share cerita ttng ketokohan Muhammad Al-Fateh ini. Pemimpin agong Islam yang terkenal.
Download Filem Ini dengan Sub English disini :
http://jerutleher.blogspot.com/2012/08/download-subtitle-fetih-1453-english.html
what a good entry. mengalir air mata. bkn krn sedih, tp kagum akan kehebatan rohani pejuang masa tu. berbanding dgn diri kita, Allah, xmmpu.
Post a Comment