Pages

Subscribe:

29 December 2011

Santai - Menarik tentang iOS 5

Ahaks.. Kali ini aku nak bagi penerangan secara Ringkas Berkenaan iOS5 dan apa yang best tentangnya.

2. iOS terbaru iaitu iOS 5 mempunyai lebih 200 ciri baru antaranya ialah iMessage. iMessage ialah servis penghantaran khidmat ringkas terbaru antara pengguna iOS.

3. Seterusnya ialah Reminder, menawarkan fungsi reminder berdasarkan geo lokasi seperti memberi tahu anda untuk mengambil anak anda di sekolah selepas waktu makan tengah hari.
Integrasi Twitter yang lebih mendalam pada iOS 5. Anda boleh tweet gambar, laman web daripada Safari dan video daripada Youtube.

4. Newsstand – Satu aplikasi yang akan menguruskan langganan majalah anda dan memuat turun isu-isu baru secara automatik. Dengan cara ini anda tidak akan ketinggalan mmembaca majalah, surat khabar kegemaran anda setiap bulan.Tidak dapat dipastikan sama ada servis ini disokong di Malaysia atau tidak.



5. Seterusnya ialah Safari yang mana fungsi cariannya telah dikemaskini dan penggunaan Safari yang lebih mesra pengguna untuk melayari web tanpa menggunakan PC.

6. iOS 5 akan dilancarkan secara rasmi kepada pengguna pada 12 Oktober ini.
Apple juga memperkenalkan iCloud, storan data atas awan. Melaluinya setiap lagu yang dibeli menggunakan iPhone dan iPad di iTunes akan di muat turun secara automatik ke Mac anda tanpa bayaran tambahan.



7. Melalui Photo Stream juga, gambar yang diambil akan dihantar terus ke iCloud dan di muat turun ke semua peranti Apple anda. Perkara yang sama juga terjadi kepada setiap dokumen yang anda sync dengan iCloud.



8. Find My iPhone juga telah dikemaskini untuk mencari Mac.
Aplikasi baru, Find My Friends diperkenalkan. Melaluinya, anda boleh mengetahui lokasi rakan dan keluarga anda. Walaubagaimanapun anda boleh mengawal fungsi ini sama ada membenarkan orang lain mencari anda atau tidak.

p/s:- Download iOS 5 FirmWare disini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tawaran Minggu Ini