Pages

Subscribe:

19 December 2011

Pengenalan pada Operating System (OS) untuk Telefon Bimbit!

iOS



iOS (Apple’s Mobile Operating System) adalah operating system yang dikeluarkan oleh APPLE Inc. OS ini agak “racist” kerana ianya tidak boleh digunakan untuk telefon pintar lain. Ianya dicipta hanya untuk produk keluarkan APPLE. Jadi, jika anda beli HTC, Samsung, Nokia dan sebagainya, anda tidak boleh gunakan operating system iOS. APPLE menamakan iOS sebagai ” The World’s Most Advanced Mobile Operating System”. Dengan bermodalk
an interface yang cun dan user-friendly, iOS sememangnya antara OS mobile yang agak pintar. Tapi kelemahan pada iOS keluaran APPLE ini adalah kebanyakkan application / software yang digunakan untuk iOS adalah BERBAYAR. Anda perlu membeli setiap application dalam Apple Apps Store. Yeah, bukan senang2 main crack jer atau jail break. Ingat!! Jailbreak will void your warranty!!!Iphone 5 akan dikeluarkan dengan menggunakan iOS 5!Sama-sama kita nantikan!


Android



Android adalah mobile operating system keluaran GOOGLE Inc. Ianya adalah PERCUMA & berbentuk Open Source. Ada lebih daripada 200,000 application / software yang dikeluarkan untuk Android setakat 2011 dan majority adalah PERCUMA! Kebanyakkan telefon pintar ( smart phone ) yang dikeluarkan sekarang menggunakan Android sebagai operating system mereka. HTC, Samsung, Sony, LG & banyak lagi smartphone menggunakan Android! Kelebihannya adalah PERCUMA dan easy to distribute! Taklah “racist” mcm iOS :p

Symbian



Sistem symbian telah lebih 10 tahun dipasaran tetapi ramai juga yang masih tidak mengenali OS ini. Symbian adalah operating system bagi smartphone Nokia. Ianya tidak begitu relevan. Nokia juga kini hebat menggunakan windows mobile sebagai operating system smart phone mereka. Jika dulu, symbian adalah antara operating system yang sangat pintar digunakan oleh Nokia.  Anda pernah gunakan phone nokia “daun”, 6630, N95 dan sebagainya. Yaa..itulah symbian OS :D Sekarang Nokia dan gunakan Windows Mobile 7.


RIM



RIM bermaksud (Research In Motion) digunakan oleh Blackberry. Hanya satu sahaja kehebatan RIM iaitu OS ini support Blackberry messenger atau lebih dikenali sebagai BBM. Blackberry messenger digunakan untuk hantar dan terima Instant Message melalui black berry PIN. Apa yang hebat? Bagi saya, ianya sesuai digunakan oleh corporates disebabkan OS ni banyak support management applications. Apa yang buat blackberry popular? Ianya telah digunakan oleh Presiden Barack Obama semasa berkempen di US dahulu.


Windows Mobile



Bila sebut sahaja Windows, ramai yang dah tahu produk ini adalah keluarkan Microsoft. Ramai yang berminat dengan windows mobile disebabkan banyak application yang digunakan untuk phone ni dapat berhubung dengan PC yang menggunakan Microsoft Windows. Windows mobile pertama digunakan untuk Pocket PC 2000. Kebanyakkan windows mobile ni gunakan stylus. Ramai yang menggunakannya disebabkan ianya agak sama dengan PC Operating System (yg gunakan microsoft windows) . Ada Microsoft word, powerpoint, excel dan sebagainya. Version yang terakhir digunakan adalah version 6.55 pada Januari 2011. Zaman kegemilangan Windows Mobile telah berakhir dengan 6.5 disebabkan microsoft tak beri upgrade ke windows 7/8. Microsoft juga dah “tutup kedai windows mobile“, “buka kedai windows phone“.

Windows Phone



Windows phone dikeluaran oleh Microsoft. Microsoft cuba bersaing dengan iOS & android untuk menepati kehendak pengguna. Walaupun zaman kegemilangan Microsoft dilihat hampir tamat dengan Windows Phone 7, mereka masih cuba bersaing. Demo Windows phone 8 dilihat agak mantap dengan beberapa features baru yang dikeluarkan. Ianya akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Sama-sama kita tunggu dan lihat!



Jadi kepada yang plan nak beli smartphone, pastikan anda tahu OS yang anda nak gunakan. Lebih syok lagi jika anda dapat gunakan smartphone anda dengan betul2 “smart”. Ada banyak sangat application untuk anda explore. Takat nak guna phone hanya untuk call & sms, baik guna 3310…SMART PHONE bukan dicipta untuk call, sms & facebook AJEEE. Ada banyak lagi apps jika digunakan dapat memudahkan kerja harian anda!Semoga berjaya!

1 comment:

ain akasyah said...

makin canggih telefon makin byk apps nya lagi makin pening gua di buatnya..gune nset 3310 lagi senang hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tawaran Minggu Ini